Top Ad unit 728 × 90

Hebahan

Perlaksanaan Model Ukhwah



PENDAHULUAN


Ketika ini ramai orang berminat menceburi bidang perniagaan dan menjadikannya sebagai satu kerjaya bagi memajukan diri dan meningkatkan pendapatan.

Ada yang  baru menyimpan cita-cita dan ada yang baru bermula dan ada juga yang sudahpun memulakan perniagaan sendiri.

Ramai yang sudah berjaya dan ada juga yang gagal. Ada yang berjaya dahulu kemudian gagal dan  bangkit kembali untuk membina kekuatan daripada pengalaman perniagaan yang lalu untuk lebih maju dan berjaya dalam bidang perniagaan, dan ada juga mereka yang gagal berkali-kali tetapi akhirnya berjaya.

Selain itu, ramai juga yang tidak pernah gagal dalam perniagaan dan begitu juga ramai yang gagal berkali-kali dan belum pernah mengecapi kejayaan dalam perniagaan walaupun sekali, namun mereka tetap tidak pernah berputus-asa, malah masih tetap meneruskan perniagaan bagi mengejar kejayaan.

Dalam situasi ekonomi yang mencabar dan persaingan sengit dalam dunia pekerjaan, perniagaan boleh dijadikan sebagai satu kerjaya yang menarik untuk memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup.

Namun, mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan  ilmu pengetahuan tentang selok-belok dunia perniagaan dan sifat-sifat yang perlu dimiliki untuk menjadi seorang peniaga dan pengusaha yang berjaya.

Ilmu perniagaan adalah dunia yang terlalu luas dan dunia perniagaan penuh dengan cabaran, maka seseorang peniaga atau pengusaha itu perlu terlebih dahulu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan tentang selok-belok dunia perniagaan dan membentuk sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi seorang peniaga dan pengusaha yang berjaya.

Ramai yang kecundang dalam dunia perniagaan bukan kerana mereka tidak boleh berniaga tetapi kerana mereka belum bersedia atau tidak bersedia kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang mereka jalankan. Akibatnya mereka kecundang di tengah jalan. Sesetengahnya bangkit semula belajar daripada kesilapan yang dilakukan tetapi masa sudah terbuang begitu sahaja.

Memang pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan merupakan ‘guru dan ilmu’ yang terbaik dan paling berkesan dalam membantu seseorang untuk berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi jika ada cara dan jalan yang terbaik dengan belajar daripada pengalaman orang lain, mengapa kita harus mengambil jalan sukar melalui kegagalan untuk bangkit dalam dunia perniagaan dan menunggu begitu lama untuk berjaya.

Membuat persediaan awal melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan merupakan langkah terbaik dan afdal bagi meneroka dan menceburi bidang perniagaan. Persediaan awal dapat menjimatkan masa dan menjadikan kita lebih bersedia dan berkeyakinan untuk memulakan perniagaan dan seterusnya mencipta kejayaan.

Dengan ilmu pengetahuan tentang perniagaan juga, seseorang peniaga dan pengusaha tidak akan hilang punca sekiranya berdepan dengan masalah dan cabaran dalam perniagaan.

Sebenarnya tidak ada satu institusi pun di dunia ini yang menyediakan ilmu pengetahuan yang lengkap tentang selok-belok dunia perniagaan. Seseorang yang memiliki ijazah, hatta ijazah doktor falsafah (Phd) dalam bidang perniagaan daripada mana-mana universiti sekalipun belum dapat menjamin seseorang itu akan berjaya dalam perniagaan.

Seseorang itu, masih perlu mempunyai kualiti-kualiti lain termasuk modal, sifat kepimpinan, ketahanan diri dan kekuatan mental, keyakinan diri, fokus dan disiplin yang kuat serta usaha yang bersungguh-sungguh dan bekerja keras tanpa putus asa, selain membina pengalaman bagi melengkapkan dirinya menjadi seorang peniaga dan pengusaha yang berjaya.

Ramai usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, seorang jutawan Melayu, pernah gagal dalam dunia perniagaan sebelum meneraju Yayasan Albukhary dan begitu juga jutawan Amerika Colonel Harland David Sanders pernah  gagal sepanjang hidupnya sebelum berjaya melahirkan rangkaian restoran makanan segera tersohor di dunia, Kentucky Fried Chicken, serta jutawan hartanah dan Presiden Amerika, Donald Trump yang pernah bangkrap beberapa kali tetapi mampu bangkit semula menjadi jutawan dunia dan kemudian menjadi Presien AS, dan banyak lagi usahawan lain yang melalui kegagalan demi kegagalan sebelum berjaya menjadi usahawan dan jutawan.               


PERNIAGAAN SATU IBADAH

Perniagaan bukan sahaja satu kerjaya yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang tetapi dalam Islam perniagaan juga merupakan satu ibadah yang dapat membawa kesejahteraan hidup kepada umat Islam di dunia dan akhirat.

Melalui perniagaan, peniaga, usahawan, pengusaha dan jutawan Islam dapat menyumbang kepada kemajuan agama melalui bayaran zakat perniagaan, bersedekah, membuat amal dan kebajikan, menyediakan peluang pekerjaan kepada umat Islam dan membantu meningkatkan syiar Islam.

Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan seorang peniaga dan pengembala kambing yang menjadikan kerjaya itu bagi menyara kehidupannya. Dua bidang perniagaan yang diceburi oleh Nabi Muhammad SAW itu memberi isyarat bahawa perniagaan perdagangan dan industri ternakan merupakan dua bidang perniagaan yang berpotensi dan menguntungkan untuk diceburi, sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan tentang industri tersebut.

Perniagaan juga merupakan fardhu kifayah yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Kegagalan umat Islam melaksanakan tuntutan ini menyebabkan seluruh umat Islam akan menanggung dosa, sehinggalah ada saudara kita yang mampu melaksanakannya.

Pada zaman awal Islam, selain Nabi Muhammad, sudah lahir ramai usahawan dan jutawan Islam yang berjaya seperti isteri Nabi, Saidatina Khadijah r.a dan Saidina Othman bin Affan r.a dan Zubir bin Awam r.a.

 Saidina Othman r.a semasa berhijrah ke Madinah menggunakan kekayaannya untuk membeli perigi orang Yahudi bagi keperluan bekalan air untuk umat Islam yang berhijrah ke Madinah ketika itu.

Pada zaman ini pula, ramai usahawan Islam yang menggunakan kekayaan hasil perniagaannya untuk mewakafkan hartanya ke jalan Allah, selain membayar zakat perniagaan dan membuat amal kebajikan membantu umat Islam yang memerlukan.

Dalam satu hadis Nabi SAW, Baginda bersabda: Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki. - Riwayat Al-Tarmizi

Selain itu, kejayaan umat Islam dalam dunia perniagaan akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat, selain membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam. Jika umat Islam mundur dalam bidang ekonomi, bukan sahaja kedudukan agama Islam akan tergugat, malahan umat Islam akan hidup merempat dan menjadi hamba kepada kaum lain.


INSTITUT USAHAWAN ISLAM (IUI)

Ramai di luar sana berminat menceburi bidang perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kami di Institut Usahawan Islam (IUI) menyediakan tempat kepada umat Islam untuk mendapatkan ilmu pengetahuan asas dan berguna bagaimana hendak memulakan perniagaan.

Kami mengubal kurikulum yang mencakupi ilmu pengetahuan asas untuk memulakan perniagaan, membina jati diri dan ketahanan mental serta strategi-strategi yang penting diketahui sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan.

Pada masa ini terdapat banyak pusat latihan, kelab, dewan perniagaan dan institut milik kerajaan dan swasta yang menawarkan bimbingan dan latihan kepada umat Islam dalam bidang perniagaan dan kami menyertai mereka, bagi menambah bilangan institusi tersebut untuk memberi pilihan kepada umat Islam yang berminat menimba ilmu pengetahuan mengenai perniagaan mengikut kursus, kesesuaian dan kemampuan mereka.

Semoga percambahan institusi latihan, bimbingan dan motivasi dalam bidang perniagaan ini akan merancakkan lagi usaha untuk membantu umat Islam menjadi usahawan yang berjaya.

Di IUI kami menawarkan sistem dan kaedah tersendiri bagi mempersiapkan dan melengkapkan pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dengan ilmu pengetahuan asas perniagaan yang relevan dengan keadaan semasa dan pasaran.

Di IUI kami akan cuba mendedahkan pelajar-pelajar kepada teknik dan strategi yang betul untuk memulakan perniagaan dan mengajar mereka bagaimana mahu mengukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Kami menggunakan pendekatan Islam kerana menjadi tanggungjawab kami untuk menyahut seruan jihad ekonomi bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan Islam yang beriman, berwibawa dan berjaya, seterusnya membantu mengukuhkan ekonomi Islam.



PENGISIAN

1.        IUI akan cuba mengisi semua keperluan itu melalui kursus-kursus yang ditawarkan selain program-program keagaman bagi membina jati diri dan mebentuk insan yang benar-benar menjiwai roh Islam dalam menjalankan sesuatu perniagaan.

2.        IUI bukan sahaja mahu melahirkan peniaga yang berjaya dalam bidang perniagaan tetapi juga melahirkan insan yang memahami dan tawaduk kepada Allah SWT yang sentiasa bersyukur apabila berjaya dan sentiasa redha jika ditimpa kegagalan dan musibah dan tidak pernah putus asa dalam menjuayakan usahanya dalam bidang perniagaan.

3.        IUI juga mahu melahirkan peniaga yang mementingkan ukhwah dan persahabatan dan sentiasa bekerjasama dan menolong sahabat-sahabtnya yang menghadapi masalah dalam bidang perniagaan.

4.        IUI mengajar pendekatan, strategi dan teknik perniagaan yang sesuai yang boleh digunakan oleh peniaga untuk menjalankan perniagaan.

5.        IUI membimbing peniaga untuk memulakan perniagaan dan menunjuk mereka jalan bagaimana mahu membesarkan perniagaan masing-masing

6.        IUI bersedia bekerjasama dengan institusi lain seumpamanya dan dengan peniaga-peniaga yang sudah berjaya bagi mewujudkan jalinan kerjasama untuk membantu melahirkan lebih ramai peniaga yang berjaya dalam kalangan umat Islam.

7.        IUI mahu memupuk dan meniup semangat Jihad Ekonomi dalam kalangan umat Islam bukan sahaja dalam kalangan peniaga Islam tetapi juga pengguna Islam ke arah satu tujuan memantapkan ekonomi umat islam.

8.        IUI menekankan tentang pentingnya Fardhu Kifayah membangunkan perniagaan umat Islam dengan menyemai sikap sentiasa menyokong perniagaan orang Islam.

9.        IUI mahu mewujudkan rangkaian networking dan business base peniaga-peniaga Islam.

10.     IUI mahu membina pasaran Islam dengan mengajak masyarakat Islam menjdi pengguna yang setia membeli barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh peniaga Islam.

11.     IUI akan sentiasa memperbaiki mutu teknik pengajaran dan pembelajaran bagi mempersiapkan pelajar-pelajar menjadi peniaga yang bersedia menceburi dunia perniagaan dengan ilmu pengetahuan yang relevan dengan cabaran semasa dalam dunia perniagaan.

     
Mereka yang berminat mengikuti kursus bersama IUI boleh menghubungi kami melalui telefon di bawah:   
 

BORANG PENYERTAAN/PENDAFTARAN


MAKLUMAT PELAJAR


1.    Nama:
2.    Nombor kad pengenalan:
3.    Alamat Kediaman:
4.    Pekerjaan:
5.    Jantina:
6.    Status:
7.    Umur:


SENARAI KURSUS IUI

ASAS PERNIAGAAN                                             -           RM2,000        5 HARI
MEMBINA BLOG DAN WEBSITE                         -           RM    500       3 HARI
MEMBUAT KERTAS KERJA/POWER POINT   -           RM    500       3 HARI
MOTIVASI                                                                 -           RM    500       3 HARI          
           
PERNIAGAAN UTAMA
1.    CONSTRUCTION                                        -           RM2,000        5 HARI
2.    IMPORT EKSPORT                                     -           RM2,000        5 HARI
3.    TRADING (PERDAGANGAN)                   -           RM2,000        5 HARI
4.    HARTANAH                                                  -           RM2,000        5 HARI
5.    PERNIAGAAN ONLINE                             -           RM2,000        5 HARI
6.    MARKETING                                                -           RM2,000        5 HARI


SETIAP KURSUS SERAMAI 50 ORANG


KURSUS DARI ISNIN HINGGA JUMAAT

TIGA KALI SEBULAN





PENDAPATAN

1.    ASAS PERNIAGAAN                                 -           RM2,000 X 50 - RM100,000
2.    MEMBINA BLOG DAN WEBSITE             -           RM   500 X 50 - RM  25,000
3.    MEMBUAT KERTAS KERJA/
POWER POINT                                            -           RM   500 X 50 - RM  25,000
4.    MOTIVASI                                                     -           RM   500 X 50 - RM  25,000
5.    MEMBUAT KERTAS KERJA                     -           RM   500 X 50 - RM  25,000
     RM200,000
           
PERNIAGAAN UTAMA

1.    CONSTRUCTION                                        -           RM2,000 X 50 - RM100,000
2.    IMPORT EKSPORT                                     -           RM2,000 X 50 - RM100,000
3.    TRADING (PERDAGANGAN)                   -           RM2,000 X 50 - RM100,000
4.    HARTANAH                                                  -           RM2,000 X 50 - RM100,000
5.    PERNIAGAAN ONLINE                             -           RM2,000 X 50 - RM100,000
6.    MARKETING                                                -           RM2,000 X 50 - RM100,000
                                                                                                                 RM600,000



KURSUS LAIN

1.    KURSUS AWET                                                      -           RM300
2.    KURSUS SILK SCREEN                                       -           RM300
3.    KURSUS ASAS FOTOGRAFI                               -           RM300                                              
4.    KURSUS PENULISAN BLOG                               -           RM300
5.    KURSUS KEWARTAWANAN                               -           RM300
6.    KURSUS PERAKAUNAN PERNIAGAAN          -           RM300






JADUAL KURSUS


1.    MEMBINA BLOG DAN WEBSITE                         -                      
2.    MEMBUAT KERTAS KERJA/POWER POINT   -                      
3.    MOTIVASI                                                                 -                      

           
PERNIAGAAN UTAMA


1.    ASAS PERNIAGAAN                                             -
2.    CONSTRUCTION                                                    -                      
3.    IMPORT EKSPORT                                                 -                      
4.    TRADING (PERDAGANGAN)                               -                      
5.    HARTANAH                                                              -                      
6.    PERNIAGAAN ONLINE                                         -                      
7.    MARKETING                                                            -                      



PENGETAHUAN PERNIAGAAN

1.    JENIS-JENIS SYARIKAT
2.    CARA MENDAFTAR SYARIKAT
3.    BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN ORANG LAIN
4.    BUANG PERASAAN MALU DAN RENDAH DIRI KETEPI
5.    MEMBUAT PERSEDIAAN/PERSIAPAN
6.    INFRASTRUKTUR PERNIAGAAN – COP, FILING, DAFTAR SYARIKAT, BUKA AKAUN
7.    PERNIAGAAN YANG KREATIF DAN UNIK

8.    SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA USAHAWAN
1.    SOLAT
2.    SAYANGI AGAMA
3.    CINTAI NEGARA
4.    SAYANGI IBU BAPA
5.    SAYANGI BANGSA
6.    SAYANG DIRI SENDIRI
7.    BERDISIPLIN
8.    BERAKHLAK
9.    BERPENGETAHUAN DAN BERILMU
10. KERJA KUAT DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
11. FOKUS
12. ADA MATLAMAT DALAM HIDUP
13. PASANG CITA-CITA/WAWASAN
14. FOKUS
15. MEMBUAT PERANCANGAN
16. KEYAKINAN DIRI
17. TIDAK BUANG MASA
18. BERANI
19. MEREBUT PELUANG
20. MENCIPTA PELUANG
21. KREATIF
22. TIDAK PUTUS ASA
23. TAWAKAL
24. BERSYUKUR
25. REDHA
26. ZAKAT/AMAL



JENIS-JENIS PERNIAGAAN


1.    PERNIAGAAN ONLINE
2.    PERNIAGAAN IMPORT EKSPORT
3.    INDUSTRI HARTANAH
4.    PEMBINAAN
5.    TRADING
6.    PERUNCITAN
7.    EVENT MANAGEMENT
8.    HOMESTAY
9.    PERCETAKAN
10. KRAFTANGAN
11. BUAH-BUAHAN
12. PASAR MALAM
13. BAZAR/KARNIVAL
14. BOOTH SALE
15. IT
16. KEDAI BUKU
17. KOMPUTER/HANDPHONE/GADJET
18. KEDAI SUKAN
19. FRANCHISE
20. STESEN MINYAK
21. INDUSTRI ASAS TANI
22. PERTANIAN
23. TERNAKAN
24. INDUSTRI HALAL
25. PERABOT
26. BISKUT/KEK
27. PAKAIAN KANAK-KANAK
28. PAKAIAN WANITA
29. PAKAIAN ISLAM
30. PAKAIAN SEKOLAH
31. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
32. STATIONARI
33. HARDWARE
34. FARMASI
35. UBAT TRADISIONAL
36. KEDAI TAYAR/SERVIS KENDERAAN/BATERI
37. KEDAI AKSESORI KERETA
38. RESTORAN



PERKHIDMATAN

1.    SEWA KERETA
2.    SEWA LORI
3.    BAS PERSIARAN
4.    BAS KILANG
5.    BAS SEKOLAH
6.    AGENSI PELANCONGAN/PERSIARAN
7.    TAKAFUL/INSURANS
8.    ANDAMAN DAN AKSESORI PENGGANTIN
9.    CATERING
10. PR SERVICES
11. PENGIKLANAN
12. MARKETING
13. CUCI BANGUNAN
14. PERKHIDMATAN KESELAMATAN
15. TEKSI/GRAB CAR/UBER
16. BAS EKSPRES
17. LAUNDRY
18. IT, BLOG, LAMAN WEB, PROGRAM, SISTEM
19. WIRING
20. PLUMBING
21. MEMBINA/BAIKI JALAN KAMPUNG/LUAR BANDAR
22. PERKHIDMATAN BELAJAR MEMANDU
23. TUISYEN
24. TADIKA
25. TASKA

INDUSTRI IKS (SME)

1.    KILANG ROTI
2.    KILANG BISKUT
3.    KILANG KUEH/KEK
4.    KILANG KEREPEK/KEROPOK
5.    KILANG PERABOT
6.    KILANG MAKANAN SEGERA
7.    KILANG MAKANAN DALAM TIN
8.    KILANG MINUMAN DALAM TIN
9.    KILANG AIR MINERAL
10. KILANG COKELAT
11. KILANG LIGHTER
12. KILANG LILIN
13. KILANG MANCIS
14. KILANG PENCOLEK GIGI
15. KILANG CHOPSTICK
16. KILANG INDUSTRI HALAL
17. BENGKEL KERETA
18. BENGKEL LORI
19. BENGKEL BAS


MAKANAN SEGERA

1.    KENTUCKY FRIED CHICKEN
2.    PIZZA
3.    Mc DONALD
4.    A&W
5.    RAMLY BURGER
6.    BURGER KING
7.    SATAY STATION

 
MEMBINA (MEWUJUDKAN) RANGKAIAN

1.    SATU KUMPULAN 50 ORANG
2.    KERJASAMA
3.    KONGSI PENGALAMAN
4.    BANTU RAKAN SELESAI MASALAH
5.    JADI RAKAN KONGSI
6.    BINA RANGKAIAN
7.    BINA TALI PERSAHABATAN/UKHWAH
8.    BERSEMBANG SECARA BERAKHLAK/PROFESIONAL
9.    WUJUD PERNIAGAAN
10. ATAS TALI ALLAH
 


PERNIAGAAN KITA

1.    MODUS OPERANDI
2.    KONSEP
3.    PENDEKATAN/CARA
4.    JENIS PERNIAGAAN
5.    SYARIKAT
6.    KEWANGAN/MODAL/TABUNG


PERSIAPAN KURSUS

1.    Prospektus
2.    Borang
3.    Yuran
4.    Tempat kursus
5.    Tenaga Pengajar
6.    Jadual program
7.    Makan/minum
8.    Tempat tinggal
9.    Sijil
10. Pakaian seragam petugas


PERSIAPAN IUI


1.    Kurikulum
2.    Networking
3.    Logo
4.    Daftar syarikat


PERNIAGAAN IUI

1.    CD - Ceramah
2.    Cenderahati
A. Key Chain
B. Cap
C. Jaket

3.   Buku
Perlaksanaan Model Ukhwah Reviewed by kimy on July 08, 2017 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by kimytestpage3 © 2014 - 2015
Developed by Uchiha Hakimi

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.