MODEL UKHWAH
Seorang peniaga yang ingin berjaya perlu
sentiasa mempunyai kekuatan daripada segi semangat, mental, fizikal dan
spiritual (rohaniah). Sebagai seorang manusia, ada masa-masanya kita berada
dalam keadaan lemah dan tidak bersemangat kerana berdepan dengan cabaran,
masalah, dugaan dan kesulitan.
Sebagai seorang peniaga, kita tidak harus
membiarkan keadaan itu berterusan kerana ia boleh menyebabkan kita gagal dalam
bidang perniagaan, sebaliknya kita perlu menangani masalah itu dengan sentiasa
motivate diri kita untuk mengembalikan kekuatan kita bagi membina semula
keyakinan diri untuk bangkit dan meneruskan semula usaha.
Bagi membina semula kekuatan itu kita perlu
memberi motivasi kepada diri kita melalui lima kaedah.
1.
Kaedah
agama (banyakkan ibadat/berdoa/membaca al-Quran)
2.
Menghadiri
kursus motivasi
3.
Membaca
(baca bahan-bahan bacaan yang boleh membangkitkan kembali semangat)
4.
Mencontohi
pengalaman orang lain yang telah berjaya.
5.
Tazkirah
agama
MODEL UKHWAH
Sehubungan itu, kami menubuhkan Institut Usahawan
Islam (IUI) bagi membantu melahirkan usahawan yang berjiwa Islam dan mempunyai
pengetahuan, kemampuan, semangat, kepakaran dan kemahuan bukan sahaja untuk
menjadi seorang usahawan yang Berjaya tetapi menyahut jihad ekonomi untuk
membangunkan ekonomi umat Islam dan seterusnya menggunakan kekayaan dan rezeki
yang Allah kurniakan untuk menyumbang semula kepada jalan Allah dan
mengembangkan syariat Islam.
Kami di IUI menggunakan modul Ukhwah sebagai
model perniagaan yang mahu dipupuk dalam kalangan usahawan Islam dengan
mengambil sunnah Rasulullah sebagai model perniagaan dan menggarapkan
pengalaman-pengalaman para sahabat dalam bidang perniagaan untuk dijadikan
pedoman dan panduan dalam mengendalikan perniagaan.
APAKAH MODEL UKHWAH
Model Ukhwah mengambil dan mengamalkan
cara-cara, prinsip-prinsip dan strategi-strategi yang digunakan oleh Rasulullah
SAW dalam menjalankan perniagaannya termasuk dari segi akidah dan syariat serta
sifat tunduk dan bersyukur kepada Allah SWT sebagai Khaliq dan pemberi rezeki
demi mengejar perniagaan yang menguntungkan di akhirat kelak.
Kesimpulannya ialah menjadikan sunnah
Rasulullah SAW sebagai modul untuk menjalankan perniagaan demi mengejar
keredhaan Allah SWT.
Perniagaan dalam Islam bukan sahaja satu
kerjaya bagi mengejar kejayaan dan membina kekayaan tetapi juga satu ibadah
fardhu kifayah yang dituntut serta membina hubungan persaudaraan dan ukhwah
dengan masyarakat (pengguna) dan melahirkan kesyukuran dan ketakwaan kepada
Allah SWT.
Rasulullah telah mula belajar berniaga ketika
berusia 12 tahun dan telah memiliki syarikat sendiri ketika berusia 17 tahun
dan menjadi jutawan pada usia 25 tahun.
Pengajaran daripada peristiwa itu ialah
masyarakat Islam sepatutnya mendedahkan anak-anak dengan dunia perniagaan
dengan memberi pendedahan tentang ilmu perniagaan kepada anak-anak ketika
mereka masih lagi kecil semoga mereka dapat membina kerjaya dalam bidang
perniagaan setelah dewasa dan berjaya dalam bidang perniagaan ketika masih
muda.
PENGALAMAN perniagaan yang dijalankan oleh
Rasulullah mengandungi rahsia yang cukup besar untuk dikaji dan dijadikan
sebagai model perniagaan bagi mereka yang mengetahui termasuk keuntungan dalam
bidang ternakan, konsep-konsep perniagaan yang digunakan oleh Nabi termasuk
memperkenalkan perniagaan pengangkutan dan konsep perniagaan supermarket dan
usahasama (joint-venture) dan membuka pusat perdagangan.
Model Ukhwah turut mengambil pengalaman dan
kejayaan daripada sahabat-sahabat Rasulullah dan usahawan-usahawan Islam lain dalam
bidang perniagaan untuk dijadikan modul sebagai pedoman kepada
usahawan-usahawan Islam.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat Rasulullah
SAW seperti Abu Bakar as-Siddiq, Othman bin Affan dan Khadijah r.a., isteri
Rasulullah yang Berjaya dalam perniagaan. Mereka menjadikan ajaran Islam
sebagai pedoman dalam menjalankan perniagaan merek dan terbukti membawa
kejayaan.
Modul Ukhwah berpegang kepada Sembilan (9)
konsep seperti di bawah:
KONSEP
1.
MENTAUHIDKAN
ALLAH
2.
CINTAKAN
RASULULLAH
3.
TAUBAT
4.
YAKIN
REZEKI DARIPADA ALLAH
5.
CINTAKAN
MASJID
6.
UTAMAKAN
SOLAT
7.
SOLAT
TENGAH MALAM
8.
CINTAKAN
AL-QURAN
9.
INFAQ
DAN BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH
MODEL UKHWAH
Reviewed by kimy
on
July 08, 2017
Rating: